27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putra Heights: Perlu 2 tahun untuk bina semula, baiki rumah terjejas

    Shopee Sale

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada awal bulan lepas dapat dibina dan dibaik pulih sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

    Menterinya Nga Kor Ming berkata setakat ini, kerja-kerja membina dan membaik pulih 219 kediaman penduduk yang terjejas mengikut pelan dan jangka masa ditetapkan.

    “Kontraktor kini giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan membina kediaman yang musnah, saya harap dalam tempoh kurang dua tahun kita dapat siapkan rumah baharu untuk mangsa terlibat … yang musnah sepenuhnya kita bina rumah baru untuk mereka manakala rumah boleh dibaiki, kita baik pulih,” katanya.

    Dia ditemui Bernama sebelum menjadi tetamu dalam rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang membincangkan tajuk “UN-HABITAT: Malaysia Sedia Terajui Pembangunan Mampan Global” di Wisma Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Menteri jawab Bank Dunia turun unjuran pertumbuhan KDNK M'sia

    Nga berkata kerajaan menerusi KPKT memperuntukkan RM46 juta bagi proses membaik pulih rumah dan infrastruktur awam yang terjejas dalam insiden letupan terbabit.

    Insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lepas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

    Insiden itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala 21 rumah tidak terjejas.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah