31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putra cadang undang-undang pertahan raja lebih keras dari ISA

    Shopee Sale

    Putra mahu kerajaan memperkenalkan undang-undang baru yang mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang didapati tidak menghormati raja-raja Melayu, termasuk memberi kuasa kepada polis menahan suspek tanpa bicara serta hukuman sebat mandatori bagi pesalah berulang.

    Presidennya Ibrahim Ali berkata undang-undang sedemikian perlu bagi mempertahankan kesucian institusi diraja susulan peningkatan insiden penghinaan terhadap raja-raja Melayu kebelakangan ini.

    “Mekanisme rang undang-undang ini perlu menyerupai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan, dengan membolehkan pegawai kanan polis menahan sesiapa yang menghina, memperlekeh atau mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja Melayu.

    “Polis perlu diberi kuasa menahan sesiapa yang menghina institusi diraja selama 14 hari tanpa waran, dan boleh mengekalkan tahanan itu selama dua tahun tanpa bicara.

    “Ia juga perlu membolehkan suspek didakwa melakukan kesalahan serius serta berdepan hukuman penjara dan sebat mandatori,” katanya pada satu kenyataan.

    Menurut Ibrahim, jika penghinaan terhadap institusi diraja tidak dibendung segera, ia akan menjadi "barah yang merosakkan adab rakyat yang boleh mencetuskan pergaduhah antara kaum."

    MENARIK:  ULASAN | Menguji penerimaan terhadap pilihan raya datuk bandar KL

    "⁠Putra melihat perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan dan amat bahaya jika orang Melayu mengamuk bila Raja di hina atau disergah olih manusia-manusia yang tidak ada otak, biadab dan kurang ajar," dakwanya.

    Ibrahim turut mencadangkan supaya undang-undang itu memberi kuasa untuk tindakan segera diambil terhadap kandungan digital yang menghina institusi diraja.

    Bagaimanapun, bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata undang-undang tersebut mesti digubal secara adil dengan membezakan perbincangan akademik yang wajar daripada penghinaan.

    Perbincangan seperti pandangan perundangan, komen terhadap dasar dan perbahasan akademik yang dilakukan secara berhemah tidak sepatutnya dihukum, tambahnya.

    “Penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu, khususnya melalui media sosial, semakin berani, keras dan tidak beradab.

    “Ada yang memperlekeh titah diraja, ada yang membuat sindiran melampau, ada yang memanipulasi imej, ada yang menyebarkan fitnah, dan ada yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara untuk merendahkan institusi tertinggi negara," katanya tanpa memperincikan kes tertentu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah