33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pukul OKU tak patut berlaku – Fahmi

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan memukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah pasar tani di Chukai, Terengganu baru-baru ini adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

    Fahmi berkata beliau difahamkan individu yang terlibat kes berkenaan telah ditahan pihak polis.

    “Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan,” katanya pada sidang media selepas bersarapan pagi bersama warga Kelab Media Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

    Fahmi berkata beliau terkesan apabila ada yang menulis kenyataan di media sosial bahawa ‘pengadilan atau menghukum tidak boleh diswastakan’.

    “Saya amat terkesan dengan kenyataan itu. Walau apa pun yang berlaku, kita tidak boleh mengambil tindakan sendiri,” katanya.

    MENARIK:  SPRM sepatutnya siasat Anwar, bukannya Daim - Na’imah

    Pada 17 Jan, rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu tular di media sosial.

    Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 47 tahun yang menunggang motosikal, terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan untuk jualan terjatuh.

    Selain itu, Fahmi turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain antaranya WhatsApp, yang sering menjadi lubuk sebaran termasuk maklumat palsu atau tidak mempunyai konteks atau yang boleh menimbulkan persepsi.

    Beliau berkata masyarakat juga perlu sentiasa berwaspada, kerana komuniti di negara ini memanfaatkan WhatsApp Group untuk menghantar pelbagai mesej.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah