28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puad: PN takut Bersatu, PAS berpecah jika kalah Mahkota

    Shopee Sale

    PRK MAHKOTA | Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi mendakwa PN mula berasa takut dua komponen utama gabungan itu Bersatu dan PAS akan berpecah sekiranya kalah teruk di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

    "Kali ini PN mati akal nak main isu ekonomi. İni kali pertama kempen PN tiada hala tuju.

    "Annuar Musa jurucakap PAS memuji-muji kerajaan Johor. Kini PN hanya mengharap majoriti BN tidak melebihi majoriti lalu dan kalau boleh tidak melepasi angka 10,000.

    "Paling PN takut, Mahkota jadi Tanjung Piai 2.0. Giliran Bersatu dan PAS pula pecah," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

    Speaker DUN Negeri Johor itu juga berkata pemimpin Bersatu Mohamed Azmin Ali keseorangan di PRN DUN Mahkota.

    Dakwanya, ini selepas PAS selaku komponen PN telah menjauhkan diri dalam PRK itu.

    MENARIK:  Pemuda Warisan gesa siasat Hajiji isu dakwaan rasuah guna lesen tanah

    "Tinggal satu hari sahaja lagi baki untuk kempen. Hanya Azmin nampak bersungguh sungguh. PAS jelas menjauhkan diri.

    "Azmin terkial kial mencari isu," kata Puad lagi.

    Untuk rekod, PRK Tanjung Piai pada 2019 disebut sebagai permulaan perubahan politik yang menyaksikan pentadbiran PH tumbang apabila Bersatu berpaling tadah menubuhkan kerajaan baru bersama PAS dan Umno melalui Langkah Sheraton pada Feb 2020.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah