32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Projek rintis Waktu Kerja Berlainan KKM dibatal

    Shopee Sale

    Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira segala pertimbangan.

    "Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Abu Bakar Suleiman,” katanya menerusi kenyataan.

    Dzulkefly berkata terma-terma rujukan jawatankuasa itu terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.

    MENARIK:  Isu cuti Ahad: Hassan nafi fitnah nak pindah Kelantan

    "KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan," katanya.

    Sebelum ini, Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa KKM untuk menarik balik WBB serta-merta dengan dakwaan WBB dibangunkan tanpa penglibatan pihak berkepentingan utama.

    Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan WBB yang didakwa akan memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja sedia ada serta menyebabkan doktor dibebani tugas berlebihan dan menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah