32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘PRN Sabah akan satukan saf PKR lepas pemilihan panas’

    Shopee Sale

    Tumpuan penuh kini perlu diarahkan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas pengundian pimpinan pusat PKR berakhir pada Jumaat lepas.

    Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi adalah masa terbaik untuk menyatukan semula saf perjuangan PKR, usai pengundian barisan kepimpinan baru parti bagi sesi 2025-2028 yang pastinya meninggalkan pelbagai emosi dan cabaran kepada para calon, perwakilan dan ahli.

    Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata PRN Sabah juga akan menjadi ujian sebenar kepada kekuatan organisasi, kematangan politik dan kesatuan parti itu sebagai satu pasukan.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak menilai siapa yang memegang jawatan tetapi siapa yang benar-benar boleh menyentuh keperluan hidup mereka.

    Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Mustapha Sakmud.

    “Setiap anggota parti tidak boleh lagi terperanangkap dalam garis pemisah pascapengundian sebaliknya barisan yang bersatu hati, fokus kepada tanggungjawab bersama dan bersedia menggalas amanah rakyat,” katanya menerusi kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  Majlis Keselamatan terima resolusi gencatan senjata di Gaza

    Mustapha percaya PKR akan kekal konsisten menjadi sebuah parti yang menghargai pengalaman dan kesetiaan ahlinya yang telah lama menabur bakti, dan pada masa sama membuka ruang kepada suara serta tenaga baharu yang ingin menyumbang.

    “Saya percaya kekuatan parti ini tidak terletak pada siapa yang memegang jawatan tetapi pada semangat juang yang tidak pernah padam dan keyakinan bahawa politik mesti terus dibersihkan, dimanusiakan dan dipandu oleh nilai,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah