26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRK Nenggiri: 90 peratus Orang Asli sokong BN, kata Ramli

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor merakamkan penghargaannya kepada masyarakat Orang Asli kerana sokongan padu mereka kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Sabtu lalu.

    Menurutnya, kira-kira 90.6 peratus Orang Asli di Nenggiri memilih BN pada pilihan raya itu.

    Nenggiri mempunyai 20,245 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 2,560 adalah Orang Asli.

    Ramli dalam satu catatan di Facebook berkata maklumat itu diperoleh daripada lima pusat daerah mengundi di kawasan itu iaitu di Tohoi, Sungai Puain, Jenera, Simpor dan Sungai Wias.

    “Syabas diucapkan kepada seluruh jentera BN dan semua pihak yang membantu memenangkan BN dalam PRK DUN Nenggiri kali ini.

    “Terima kasih pengundi Nenggiri terutama sekali masyarakat Orang Asli atas keyakinan dan kepercayaan kepada BN,” kata Ramli yang juda adalah pengerusi  jawatankuasa keselamatan dan kemajuan penempatan Orang Asli.

    MENARIK:  Gerakan kecam SPRM dedah identiti pemberi maklumat rasuah Sabah

    “YB Awie, selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat. Suara Nenggiri pasti diangkat dengan lantang ke DUN Kelantan,” kata timbalan speaker Dewan Rakyat itu.

    Jumlah undi BN melonjak sehingga 61.3 peratus berbanding 46.7 peratus pada pilihan raya negeri sebelum ini, manakala jumlah undi yang diterima meningkat 3,384 kepada 9,091.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah