25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan mekanik disyaki tanam janin teman wanita

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang mekanik disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menanam janin teman wanitanya di kawasan Taman Tasik Puchong dekat Sepang.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt G. Shan Gopal berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada Rabu lepas selepas polis menerima laporan dari pihak hospital pada hari sama mengenai seorang remaja perempuan tempatan berusia 19 tahun yang mengalami keguguran pada 15 Mei lalu.

    Beliau berkata polis melakukan tangkapan terhadap suspek yang juga warga tempatan pada 7.30 malam, kira-kira lima jam selepas laporan dibuat.

    "Siasatan mendapati pesakit alami keguguran kerana memakan pil yang diberikan teman lelakinya,” katanya dalam kenyataan semalam.

    MENARIK:  Dua menteri Ghana antara korban nahas helikopter

    Menurutnya lelaki terbabit direman selama empat hari hingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah