30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat dakwaan guru ada hubungan istimewa dengan murid

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan seorang guru sebuah sekolah di Dengkil di Sepang mempunyai hubungan istimewa dengan murid berusia 12 tahun.

    Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa murid berkenaan pada Rabu.

    “Bapa kandung tampil membuat laporan apabila mendapat tahu anak perempuannya sering dihubungi oleh guru berkenaan melalui aplikasi TikTok, Love8 dan WhatsApp.

    “Perkara itu mencurigakan seperti tidak menampakkan hubungan antara seorang anak murid dan guru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Desak Muhyiddin undur: Ketua bahagian Bersatu Perak dipanggil lembaga disiplin

    Susulan itu, beliau berkata polis telah mengambil keterangan guru lelaki berusia 30-an itu semalam dan siasatan sedang dijalankan.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

    “Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita dan maklumat tidak benar berkaitan kes ini,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah