26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat bekas MP didakwa buat gangguan seksual

    Shopee Sale

    Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas ahli Parlimen yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an pada 6 Ogos lepas yang mendakwa beliau diganggu secara seksual sebanyak dua kali oleh suspek ketika berada di pasar raya itu.

    Beliau berkata pihaknya juga mengesan satu video tular di media sosial berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu pada 2 petang tadi.

    "Siasatan terperinci dilakukan mengikut Seksyen 507 A dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan semalam.

    Shahrulnizam berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati suspek bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan berjawatan pengarah bukan eksekutif.

    MENARIK:  Label saya mabuk, Akmal guna stereotaip perkauman - Ramasamy

    "Polis akan merakam keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan dan individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222," katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah