32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis serbu premis milik ahli perniagaan dikaitkan ‘mafia korporat’ di bawah AMLA

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa premis milik seorang ahli perniagaan susulan dakwaan manipulasi korporat yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Anti-Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

    “Tindakan telah diambil di beberapa premis yang dikaitkan dengan individu berkenaan. Perkara ini masih dalam siasatan. Jika ada perkembangan, saya akan mengadakan sidang media,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, hari ini.

    Media hari ini melaporkan PDRM bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyerbu premis milik tokoh korporat di Sungai Long dan Kemensah, Selangor.

    Antara barangan yang dirampas termasuk dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai dalam ringgit dan beberapa mata wang asing, selain dokumen yang dipercayai berkaitan siasatan.

    MENARIK:  Suspek pembunuhan Nur Farah Kartini anggota polis

    Sebelum ini Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Kabinet mengarahkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk PDRM, SC, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan siasatan terperinci berhubung isu manipulasi korporat.

    Beliau berkata tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil termasuk menyita hasil yang dipercayai mempunyai unsur jenayah.

    Pada 11 Feb lepas, media antarabangsa Bloomberg melaporkan dakwaan bahawa sekumpulan ahli perniagaan kononnya bekerjasama dengan beberapa pegawai SPRM termasuk Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki untuk memberi tekanan kepada tokoh korporat dalam kes pengambilalihan syarikat.

    Azam bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan telah memfailkan saman terhadap Bloomberg menuntut ganti rugi RM100 juta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah