25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis masih siasat kematian pelajar UTM, laporan belum dihantar ke AGC

    Shopee Sale

    Laporan penuh berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Syamsul Haris Shamsudin belum dihantar ke Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

    "Siasatan kematian pelatih Palapes Syamsul Haris masih berjalan… kes ini memerlukan penelitian yang lebih… ini amat penting bagi memastikan semua aspek diambil kira sebelum tindakan lanjut diambil… banyak perkara yang perlu kita siasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia ke-17 sempena peringatan Hari Polis ke-218 di Kota Bharu hari ini.

    Khalid Ismail

    Beliau berkata laporan itu akan dihantar dalam masa terdekat.

    Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan perintah interim melarang Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian Syamsul Haris.

    MENARIK:  UK siasat jenayah kebencian lepas 85 kubur Islam dirosakkan

    Media sebelum ini melaporkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini mengambil alih sepenuhnya siasatan kes itu selepas Mahkamah Tinggi pada 26 Ogos lepas membenarkan permohonan keluarga Allahyarham untuk menggali semula kubur pelatih berkenaan dan menjalankan bezah siasat kedua.

    Syamsul Haris Shamsudin

    Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai lepas di Hospital Kota Tinggi, Johor selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Ulu Tiram dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah