31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis buru dua lelaki ragut suri rumah

    Shopee Sale

    Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Ayer Molek di Melaka, Jumaat lepas.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pada kejadian 7.34 malam itu, suri rumah berusia 55 tahun berkenaan diragut dua lelaki menaiki motosikal semasa sedang menunggu anaknya keluar bekerja. 

    "Wanita itu mendakwa suspek telah berpatah balik ke arahnya sebelum seorang daripada mereka merentap rantai leher emas dianggarkan bernilai RM12,000. 

    MENARIK:  Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

    "Mangsa cuba melawan namun gagal selain mendakwa sakit dada akibat kejadian itu. Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua pada hari sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Christopher berkata kejadian turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa yang menunjukkan suspek menunggang motosikal Kawasaki RR berwarna biru.

    Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan individu sama disyaki terbabit kes ragut di Taman Astakajaya Buloh Kasap, Segamat, Johor, Khamis lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah