26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, August 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis ambil keterangan 11 individu terlibat perhimpunan anti-Anwar

    Shopee Sale

    Polis telah mengambil keterangan 11 individu berhubung perhimpunan yang diadakan di kawasan letak kereta awam di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya Sabtu lepas.

    Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata kesemua individu terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di Putrajaya bermula pukul 2 hingga 4 petang ini.

    Antara individu yang diambil keterangan adalah Aidil Yunus atau dikenali sebagai YB Viral, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muhammad Rafique Rashid Ali dan pempengaruh media sosial Nurpais Ismail atau Papa Berry.

    “Keterangan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard akan diambil pada Rabu ini,” katanya.

    Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan yang diadakan di kawasan letak kereta awam di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya Sabtu lepas.

    MENARIK:  Hasrat Malaysia sertai BRICS bukan untuk campuri urusan negara terlibat - PM

    Beliau berkata kertas siasatan itu adalah susulan tindakan pihak penganjur yang tetap mengadakan perhimpunan itu walaupun dinasihatkan polis sebelum ini bahawa pemilik premis tidak memberi kebenaran penggunaan lokasi berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah