28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM terima kunjungan panglima baru, tegaskan tiada kompromi rasuah

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara perlu diperkukuh melalui tahap profesionalisme, akauntabiliti, dan integriti yang tinggi dalam setiap lapisan operasi.

    Dia berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat yang baru, Azhan Md Othman, bagi membincangkan perananan strategik pasukan itu sebagai benteng pertahanan negara.

    "Saya menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara ini tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata, sebaliknya mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi," kata Anwar menerusi hantaran di media sosial hari ini.

    Dalam pertemuan tersebut, Anwar turut menyentuh mengenai cabaran semasa termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh menjejaskan imej institusi pertahanan tersebut. 

    MENARIK:  Gobind: DAP kekal bantah Akta Hasutan

    Dia memberi amaran bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran amanah.

    Tegasnya, ketelusan dan keberanian diperlukan untuk membersihkan segala kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    "Kerajaan Madani akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, di samping memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah