29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM rafak sembah, ucap tahniah ulang tahun keputeraan Agong

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

    Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berkata dia bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

    “Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

    MENARIK:  Wanita hilang ditemukan mati, dipercayai dibunuh

    "Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku!,” katanya.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah