27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM lawat presiden Dewan Negara di IJN hari ini

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). 

    Menerusi hantaran bergambar di Facebook rasmi beliau, Anwar turut ditemani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    “Mendoakan agar beliau diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan untuk melawan sakit yang dihadapinya dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah,” katanya.

    Mutang mula menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.

    Yang Dipertua Dewan Negara itu mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya, yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

    MENARIK:  Malaysia adakan rundingan lanjut isu ketegangan Thailand-Kemboja

    Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Azerbaijan Sahiba Gafarova, serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu. 


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah