29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Indonesia diberi 5,207 hektar ‘no man’s land’, bukan wilayah Malaysia

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kawasan seluas 5,207 hektar yang dituntut oleh Indonesia baru-baru ini bukan merupakan milik mana-mana negara sebelum ini.

    Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjelaskan bahawa kawasan tersebut tidak boleh dianggap sebagai milik mana-mana negara memandangkan status pemilikan tanah itu tertakluk kepada rundingan dan "sempadan yang masih belum dimuktamadkan".

    Justeru, katanya laporan media bahawa Malaysia menyerahkan tanah berkenaan kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan adalah tidak tepat.

    “Kawasan OPB sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kawasan milik mana-mana negara.

    MENARIK:  LFL mahu kerajaan siasat penahanan dua peguam oleh SPRM

    “Kerana kawasan itu merupakan kawasan rundingan dan penentuan sempadan yang masih belum dimuktamadkan sejak dulu lagi.

    “Saya ingin menegaskan bahawa penentuan sempadan tidak bersandarkan pada prinsip pampasan atau timbal balik atau untung rugi sepertimana didakwa, sebaliknya penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia adalah bersandarkan kepada konvensyen dan perjanjian seperti yang dijelaskan,” kata Anwar dalam sesi taklimat menteri mengenai perkara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah