28.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM hadiri mesyuarat khas Pembangunan Negeri Kelantan 2025

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri mesyuarat khas Pembangunan Negeri Kelantan bagi tahun 2025 di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu.

    Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada pukul 8.40 pagi disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, bersama beberapa ahli Exco dan pengurusan tertinggi kerajaan negeri.

    Turut mengiringi beliau dalam perjumpaan tertutup itu ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, serta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

    MENARIK:  ULASAN | Ada kelompongan Sara yang perlu ditangani

    Mesyuarat khas yang berlangsung hampir sejam itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

    Selepas mesyuarat tersebut, Anwar dijadualkan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok, pada pukul 10 pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah