Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi bayangan tiada keperluan untuk Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berehat daripada mengetuai badan itu, susulan kontroversi pemilikan saham mengaitkannya.
Anwar sebaliknya mahu pasukan petugas khas yang telah dibentuk untuk menyiasat dan menilai terlebih isu berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.
"Sekarang biar (pasukan petugas khas) kaji dulu kes, kena tahu dulu apakah serius, apakah ada asas, baru kita maju (dengan tindakan selanjutnya).
"Jangan oleh kerana kita menjadi mangsa (siasatan SPRM), tertekan, terus nak guna (isu) ini untuk tekan (Azam), baru pagi tadi kita bincang (isu ini)," katanya ketika ditanya pemberita.
[Berita lanjut menyusul]





