30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM arah menteri turun padang tinjau kos sara hidup rakyat

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua menteri supaya turun padang untuk menilai harga dan kuantiti barangan yang dijual di pasaran.

    Ini berikutan maklum balas yang diterima Anwar daripada beberapa siri program yang dihadirinya, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil selepas mesyuarat kabinet, hari ini.

    “Dalam mesyuarat hari ini perkara yang ditegaskan oleh perdana menteri adalah supaya menteri-menteri meluangkan lebih banyak masa untuk turun padang lihat sendiri keadaan termasuk dalam isu berkaitan sama ada harga barang ataupun kuantiti barang-barang yang ada di pasaran.

    “Ini adalah susulan kepada maklum balas yang diterima oleh perdana menteri di siri program yang telah beliau hadiri dan penekanan ini juga diberi sebelum kita sambut Aidilfitri,” kata Fahmi pada sidang media di kementeriannya petang tadi.

    MENARIK:  Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong ke kabinet

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah