33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR rombak pimpinan negeri di tengah spekulasi konflik dalaman

    Shopee Sale

    PKR merombak kepimpinan negerinya di tengah spekulasi yang mengatakan presidennya Anwar Ibrahim ditekan untuk menggugurkan ketua terkemuka di negeri tertentu berikutan rasa tidak puas hati ketua bahagian.

    Ketua penerangan parti Fahmi Fadzil hari ini dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi PKR Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan telah ditukar, kata

    “Majlis pimpinan pusat PKR mengadakan mesyuarat hari ini, di mana telah dibincangkan isu kemanusiaan dan peperanangan di Gaza, serta ketegasan pendirian perdana menteri dan parti untuk usaha perdamaian, yang kini diberi perhatian penuh oleh masyarakat antarabangsa.

    "Presiden turut memberi penerangan mengenai isu-isu semasa termasuk berhubung Perutusan Negara serta dasar-dasar kerajaan, selain menyeru agar anggota serta penyokong PKR menggembleng tenaga dan idea untuk terus memacu agenda Kerajaan Madani,” kata Fahmi.

    Pada 24 Mei, sumber tanpa nama dipetik Free Malaysia Today bahawa pemimpin bahagian negeri menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap ketua negeri berkenaan, antara lain kerana diakatakan berulang kali campur tangan dalam pelaksanaan tugas pemimpin bahagian.

    Pemimpin PKR itu mendakwa Anwar baru-baru ini bertemu dengan pemimpin bahagian setiap negeri, termasuk mereka dari negeri tertentu yang menimbulkan kebimbangan mengenai pengerusi mereka.

    Ada yang mungkin tidak lantang dengan kebimbangan mereka dalam pertemuan itu, tetapi kemudian menyuarakan rasa sangat tidak puas hati dalam kumpulan WhatsApp kepimpinan negeri..

    Presiden parti sudah beritahu beliau sedang meneliti penstrukturan semula kepimpinan beberapa negeri selepas mendapat maklum balas semua pemimpin bahagian,” katanya seperti dilapor.

    Sementara itu, kenyataan Fahmi menyenaraikan nama pengerusi baru.

    Pengerusi baru bahagian Sarawak ialah Roland Engan (ketua Cabang Baram) manakala timbalannya ialah Ahmad Nazib Johari (ketua Cabang Santubong).

    MENARIK:  Sejuta bayi menderita lahir di kawasan bencana Asia

    PKR Sabah akan dipengerusikan oleh Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Ahli Parlimen Sepanggar dan Ketua Cabang Kota Belud) bersama timbalan Peto Galim (Adun Inanam).

    Pengerusi PKR Pahang ialah Fuziah Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan anggota Cabang Kuantan) dan timbalannya ialah Rizal Jamin (ketua Cabang Lipis).

    Di Johor, PKR akan dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh (ketua Cabang dan Ahli Parlimen Ledang) dan timbalannya Md Ysahrudin Kusni (ketua Cabang Bakri).

    Pengerusi PKR Kelantan ialah Mohamad Suparadi Md Noor (ketua Cabang Tanah Merah) dan timbalannya Dr Shamsudin Ghani (ketua Cabang Pasir Puteh).

    Pengerusi PKR Terengganu yang baru ialah Ahmad Nazri Bin Mohd Yusof (Ketua Cabang Kemaman) dan timbalan Mohasdjone @ Mohd Johari Bin Mohd (Anggota Cabang Besut)

    Sementara pengerusi PKR wilayah persekutuan adalah Azman Abidin (ketua Cabang Bandar Tun Razak dan setiausaha akhbar Anwar) manakala Jayakumar R Muniandy (ketua Cabang Kepong) akan berkhidmat sebagai timbalannya.

    Fahmi menambah, mesyuarat itu juga menyaksikan PKR bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Sungai Bakap.

    Fahmi turut mengumumkan pelantikan Sangkar Rasam, Azan Ismail dan Roslan Hussin sebagai ahli majlis pimpinan pusat yang baru.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah