25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pinjaman PTPTN mangsa nahas bas Gerik dihapuskan, kata Zambry

    Shopee Sale

    Sebanyak 13 daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Gerik, Perak dikenal pasti sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Beliau dalam hantaran Facebook hari ini memaklumkan kesemua 13 pelajar itu mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan pinjaman mereka melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN.

    "Selain itu, kesemua 13 waris mereka juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500 bagi setiap pelajar," katanya.

    MENARIK:  Kecam kedai, Pemuda Umno T’ganu pula guna Jalur Gemilang salah

    Dalam kejadian awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

    Kemalangan turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah