32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pimpinan PH akan putuskan PRN Negeri Sembilan – Adun Chuah

    Shopee Sale

    Pertemuan barisan Adun PH Negeri Sembilan dengan Menteri Besar Aminuddin Harun hari ini membincangkan mengenai situasi politik semasa.

    Adun Chuah Yew Boon Lye yang turut hadir dalam pertemuan itu memaklumkan tiada keputusan mengenai pembubaran DUN dibuat dalam pertemuan itu.

    Sebaliknya katanya, perkara itu akan diputuskan oleh pimpinan PH.

    “Saya hadir, bincang situasi (politik) sekarang dan persiapan jentera pilihan raya.

    “Pimpinan PH akan putuskan (bubar DUN),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

    Terdahulu media melaporkan beberapa kenderaan Adun Negeri Sembilan dilihat memasuki kediaman rasmi Aminuddin di Seremban, hari ini.

    Difahamkan kehadiran mereka kira-kira 9.30 pagi tadi bagi membincangkan perkembangan semasa berkenaan negeri itu.

    Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Shahir Md Shah berkata setakat ini tiada sidang media diadakan berkenaan pertemuan itu.

    Dia turut memaklumkan Menteri Besar akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini, iaitu rutin mingguan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

    Negeri Sembilan turut menjadi tumpuan selepas DUN Johor dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

    Pada 16 Mei lalu Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengisytiharkan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi negeri secara solo, sekali gus mencetuskan reaksi tidak puas hati daripada PH.

    MENARIK:  Pelajar jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam dibenar keluar hospital

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan gabungan itu akan bertindak balas terhadap sebarang pembubaran DUN Johor dengan langkah yang sama di Negeri Sembilan dengan PH juga akan bertanding di semua kerusi secara solo.

    Susulan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan memanggil pemimpin-pemimpin PH tidak lama lagi untuk membincangkan kemungkinan PRU mengejut memandangkan penggal kerajaan persekutuan hanya akan tamat pada Dis 2027.

    Bagaimanapun, Bernama kemudian melaporkan Anwar sebagai berkata, bahawa dia akan bertemu Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai PRN Johor.

    Minggu lalu, Pemuda DAP menggesa agar parlimen dibubarkan segera jika BN Johor berhasrat bertanding secara solo dalam PRN akan datang.

    DAP secara konsisten menegaskan pendirian mereka bahawa PRU dan PRN wajar diadakan secara serentak, dengan Loke berhujah pada Sept tahun lalu bahawa langkah itu dapat memastikan penyelarasan lebih baik dalam persediaan parti serta mengurangkan kos.

    Pada Feb pula Loke menegaskan kepada Malaysiakini bahawa pendirian itu tidak berubah kerana pilihan raya berasingan akan mengganggu pentadbiran negara dan menjejaskan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar dengan berkesan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah