33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petronas kekal beroperasi di Kanada

    Shopee Sale

    Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan laporan berita yang mendakwa ia meninggalkan Kanada.

    "Sebarang laporan mendakwa Petronas meninggalkan Kanada adalah tidak tepat," kata Petronas kepada pertanyaan Bernama mengenai dakwaan tersebut.

    Pada Selasa, Petronas dilaporkan sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk syarikatnya di Kanada, sebelum ini dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp antaranya penjualan, menurut sumber yang mengetahu perkara tersebut.

    Petronas berkata ia komited terhadap pelaburannya di Kanada yang mengendalikan pembangunan gas huluan North Montney Joint Venture dan merupakan rakan kongsi utama dalam kemudahan pencairan gas LNG Canada di Kitimat, BC.

    MENARIK:  Gerakan bagi Kulasegaran 6 bulan selesai kes Indira, cabar letak jawatan

    “LNG Kanada sedang membuat persediaan untuk kargo pertamanya tahun ini, Petronas berbangga dapat menyediakan gas asli cecair Kanada rendah karbon dan boleh dipercayai untuk menyokong pasaran tenaga global untuk beberapa dekad akan datang,” tambahnya.

    Petronas membeli Progress Energy pada 2012 pada harga kira-kira US$5.3 bilion, mengembangkan portfolio gas syal dan mengukuhkan pangkalan bekalan gasnya.

    Selain itu, Petronas juga memiliki 25 peratus kepentingan dalam projek LNG Canada, sebuah usaha sama gas asli cecair utama bersama Shell Plc, PetroChina Co Ltd, Mitsubishi Corp dan Korea Gas Corp.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah