30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perwakilan MIC lulus usul keluar BN, sertai PN

    Shopee Sale

    Perwakilan MIC sebulat suara meluluskan resolusi untuk keluar dari BN dan memohon untuk menyertai PN, dalam satu langkah yang dianggap penting bagi memperkukuh perananan parti itu dalam arena politik negara.

    Resolusi itu diluluskan semasa mesyuarat perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 di IDCC, Shah Alam, hari ini.

    Resolusi itu dibacakan Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

    “Perwakilan perhimpunan hari ini sebulat suara bersetuju untuk menamatkan penyertaan dalam BN tertakluk kepada proses dan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan parti. 

    "Selain itu, MIC akan memohon secara rasmi untuk menyertai PN bagi membina platform baru yang lebih inklusif dan memberi ruang lebih luas kepada suara masyarakat India di Malaysia," katanya.

    MENARIK:  Sultan S'gor gesa nama ‘Sisters in Islam’ tak lagi digunakan dalam penerbitan, platform

    Menurut Saravanan, presiden SA Vigneswaran bersama-sama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti diberi mandat penuh untuk melaksanakan segala langkah rasmi berkaitan keputusan ini. 

    "Ini termasuk rundingan, penyediaan dokumen rasmi serta pengumuman kepada pihak berkuasa dan orang awam pada masa yang sesuai,” katanya lagi.

    Seramai 1,808 perwakilan MIC dari seluruh negara yang menyertai perhimpunan hari ini sebulat suara menyokong resolusi tersebut.

    [Berita lanjut menyusul]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah