Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon dari BN, PN dan PSM.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Dewan Merdeka Tapah selepas proses penamaan calon tamat 10 pagi tadi.
BN diwakili Mohamad Yusri Bakir manakala PN mempertaruhkan ketuanya di Tapah, Abdul Muhaimin Malek.
Kedua-dua mereka akan dicabar Bawani KS dari PSM.
Terdahulu ketiga-tiga mereka menghantar borang pencalonan sambil diiringi ratusan penyokong masing-masing.
[Berita penuh menyusul]





