31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perlembagaan ada mekanisme jelas siasat salah laku hakim – Azalina

    Shopee Sale

    Kerajaan telah mengambil langkah untuk menangani kebimbangan yang kian meningkat berhubung kebebasan badan kehakiman, dengan memperincikan perlindungan sedia ada yang diperuntukkan  undang-undang.

    Ia susulan perarakan yang dianjurkan Badan Peguam Malaysia semalam bagi mempertahankan kebebasan badan kehakiman.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata Perkara 125(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat dakwaan salah laku.

    Katanya, hakim yang sedang disiasat boleh digantung tugas atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.

    MENARIK:  ‘Tiada surat nyatakan Guan Eng batalkan pengecualian cukai Albukhary’

    “Selain itu, Perkara 125(3A) memperuntukkan kuasa kepada Ketua Hakim Negara untuk merujuk sebarang pelanggaran etika kepada Jawatankuasa Etika Kehakiman yang ditubuhkan di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 (Akta 703).

    “Perkara 125(3B) pula membolehkan penetapan kod etika bertulis bagi menetapkan piawaian tinggi kelakuan dan integriti hakim

    Judges’ Code of Ethics 2009 [P.U. (B) 201/2009], yang telah berkuat kuasa sejak 1 Julai 2009, turut menjadi rujukan penting untuk menetapkan standard tingkah laku hakim secara jelas dan berlandaskan undang-undang,” kata Azalina dalam kenyataan hari ini.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah