25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Peraturan jelas, nak demo kena dapat kebenaran pemilik tapak’

    Shopee Sale

    Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menekankan keperluan bagi penganjur sesebuah perhimpunan mendapatkan kebenaran daripada pemilik tapak kerana ia jelas dinyatakan dalam undang-undang.

    Fahmi menggesa semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, untuk menghormati dan mematuhi peraturan itu.

    “Saya ingat ada banyak ketika, perhimpunan contoh di Padang Merbuk, (penganjur) ada memohon dan mendapat kelulusan daripada penganjur. 

    “Dia ada banyak perkiraan. Dan seperti yang Datuk Seri Saifuddin (Nasution) telah sebut memang semua perkiraan ini diambil dalam sebagai faktor sama ada untuk meluluskan ataupun tidak. 

    “Tetapi, sekiranya seseorang ataupun mana-mana pihak ingin menganjurkan perhimpunan waktu ini, undang-undang menyatakan dengan jelas perlu mendapat kebenaran daripada pemilik tapak,” katanya.

    Dataran Merdeka, lokasi tumpuan pelancong, sekali gus penunjuk perasaan

    Semalam, Saifuddin, menteri dalam negeri, mempertahankan arahan polis yang mensyaratkan penganjur perhimpunan mendapatkan kebenaran pemilik tapak, seperti dinyatakan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

    MENARIK:  Penyasaran subsidi diesel sudah dipersetujui kabinet

    Terdahulu, penganjur perhimpunan antirasuah pada di ibu negara pada 25 Jan depan terkejut dengan arahan polis untuk mendapatkan kebenaran pemilik tapak.

    Peserta dijadual berhimpun di luar pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

    Kenyataan Saifuddin itu turut mendapat kritikan daripada timbalan presiden Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan.

    S Arutchelvan

    Arutchelvan mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) mendapatkan kebenaran polis atau Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan Reformasi dahulu.

    Sementara itu, ditanya sama ada dia akan meminta menteri dalam negeri menyokong DBKL dalam menyediakan ruang untuk perhimpunan, Fahmi berkata ia bukan dalam bidang kuasanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah