25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perang siber – MP cadang Mindef tubuh rejimen digital

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Seorang ahli Parlimen kerajaan hari ini mencadangkan Kementerian Pertahanan (Mindef) supaya menubuhkan rejimen digital dengan membabitkan pemain e-sukan bagi berdepan ancaman serangan siber.

    Manndzri Nasib (BN-Tenggara) berkata peranang siber merupakan isu rentas sempadan yang mampu mewujudkan pelbagai risiko kepada keselamatan negara.

    Katanya, kewujudan rejimen berkenaan adalah penting sebagai persiapan awal dalam menghadapi sebarang ancaman tanpa sempadan.

    "Tenggara mencadangkan agar ditubuh rejimen digital bukti kerajaan serius bersungguh-sungguh memerangi ancaman negara melalui digital ini dengan menubuhkan rejimen digital ini dengan pelbagai teknologi baru.

    "Kita seharusnya melibatkan para belia atau gamers kita yang berminat menyertai rejimen ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa di Parlimen, hari ini.

    MENARIK:  Kes penculikan Pamela Ling: Polis temui petunjuk baru

    Katanya, kerajaan harus memanfaatkan kepakaran pemain e-sukan yang telah terbukti kemampuan mereka untuk bersama dalam rejimen berkenaan.

    Selain itu, dia juga mencadangkan angkatan tentera (ATM) supaya mengadakan liga e-sukan berkaitan taktikal peranang bagi mencungkil bakat dalam kalangan belia.

    "Mereka ini memiliki kemahiran tinggi mengendali gajet, jari mereka ini gerakan cukup pantas.

    "Mungkin boleh mencungkil bakat mereka bukan saja untuk e-sukan tapi bawa ke rejimen digital ini dan mungkin ATM boleh anjurkan Liga e-sukan taktikal peranang supaya bakat-bakat ini dapat dikesan," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah