26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perang Gaza malapetaka kemanusiaan – agensi PBB

    Shopee Sale

    Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin pada Rabu memberi amaran bahawa peranang di Gaza telah meningkat melangkaui tahap malapetaka kemanusiaan, sambil menyifatkannya sebagai ancaman asas terhadap orde antarabangsa yang berteraskan peraturan, serta menggesa tindakan segera oleh negara-negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    “Seluruh keluarga, seluruh kejiranan, seluruh generasi sedang dihapuskan di Gaza,” kata Philippe Lazzarini menerusi platform X, merujuk kepada ucapannya pada Persidangan Tergempar Bogota.

    “Ratusan kakitangan UNRWA — rakan sekerja dan sahabat kami — telah terbunuh.

    “Bantuan disekat. Orang awam tidak dilindungi,” tambahnya.

    Ketua Pesuruhjaya UNRWA itu menegaskan bahawa peranang di Gaza “bukan sahaja satu malapetaka kemanusiaan, malah ia adalah krisis terhadap orde antarabangsa berteraskan peraturan,” sambil menekankan kepentingan tindakan kolektif oleh negara-negara.

    MENARIK:  Gabungan NGO lancar kempen Rampas Ruang Awam

    Dalam konteks ini, Lazzarini menyambut baik penubuhan Kumpulan The Hague — sebuah gabungan negara anggota yang komited menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam Palestin di tengah-tengah pelanggaran norma kemanusiaan yang meluas.

    “Ini adalah detik yang memerlukan keberanian. Saya menggesa negara-negara anggota supaya bertindak demi rakyat Gaza,” katanya mengakhiri ucapan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah