30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perak catat 33 kluster jangkitan influenza – Exco

    Shopee Sale

    DUN PERAK | Sebanyak 65 kluster influenza like illness (ILI) dilaporkan di Perak setakat 29 Nov lalu.

    Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan, berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak 33 ialah kluster jangkitan penyakit influenza.

    “Daripada pemantauan kluster ILI yang dilaporkan dari ME (minggu epidemiologi) 1/2025 hingga ME 48/2025, sebanyak 36 kes influenza telah dimasukkan ke hospital,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan DUN di Ipoh hari ini.

    Dia menjawab soalan Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) tentang tindakan segera yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan penularan wabak influenza di sekolah-sekolah dapat dikawal dengan berkesan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

    MENARIK:  Seorang maut, 2 selamat insiden bangunan runtuh di Melaka

    Sivanesan berkata terdapat arah aliran peningkatan kluster ILI yang dilaporkan pada ME 40/2025 hingga ME 42/2025.

    Bagaimanapun, katanya, arah aliran kluster ILI dilaporkan menurun daripada 17 kluster pada ME 42/2025 kepada satu pada ME 43/2025, iaitu penurunan sebanyak 94.1 peratus, manakala tiada kluster ILI dilaporkan pada ME 47/2025.

    Sementara itu, Sivanesan berkata sepanjang tahun ini, majoriti kluster ILI yang telah dilaporkan melibatkan golongan kanak-kanak.

    Daripada pemantauan 65 kluster ILI yang telah dilaporkan, katanya, sebanyak 23 kluster ILI atau 35.38 peratus melibatkan kategori institusi pendidikan tahap sekolah menengah dan ke bawah, manakala hanya satu kluster ILI atau 1.54 peratus melibatkan institusi penjagaan warga emas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah