PARLIMEN | Dua kumpulan ‘menggempur’ pintu utama Bangunan Parlimen, hari ini, sebagai bantahan terhadap rang undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (URA).
Kira-kira 100 orang hadir dalam perhimpunan itu yang terdiri daripada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada penyokong PN dan NGO yang mesra dengan gabungan itu, manakala satu lagi kumpulan membabitkan Persatuan Penduduk-penduduk Wilayah Persekutuan.
Kehadiran mereka disambut oleh ahli-ahli parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang yang tampil menerima memorandum bantahan yang dikemukakan.

Antara wakil rakyat kerajaan yang tampil menerima memorandum antaranya Hassan Karim (PH-Pasir Gudang), Wong Chen (PH-Subang), Rodziah Ismail (PH-Ampang), Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju), dan Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai).
Di blok pembangkang pula menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli parlimen antaranya Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Shahidan Kassim (PN-Arau), Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut), Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) dan Ismail Mutalib (PN-Maran).

[Berita penuh menyusul]





