34.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjawat awam Perak terima bantuan khas kewangan dua bulan gaji

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Perak mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar penuh pada minggu terakhir Disember ini.

    Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengumumkan perkara berkenaan berkata bantuan berkenaan termasuk kepada semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, ketua kampung serta petugas di bawah kontrak Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP).

    "Sebagai tanda penghargaan atas segala curahan bakti diberikan oleh seluruh kakitangan negeri Perak, maka dengan ini saya ingin mengumumkan sebanyak dua bulan gaji berasaskan kepada gaji akhir November 2024.

    “Bayaran akan dibuat pada Disember ini, insya-Allah," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

    MENARIK:  Pemuda PAS mahu NGO pro-LGBTQ+ beri sokongan diharamkan

    Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM69.79 juta di bawah fokus kelestarian alam sekitar dengan mengambil kira tanggungjawab terhadap alam sekitar bagi memastikan sumber semula jadi tidak terancam dalam melaksanakan pembangunan.

    Selain itu, beliau berkata keterjaminan bekalan makanan merupakan satu daripada hala tuju pertanian negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dan kerajaan negeri memperuntukkan RM65.41 juta.

    "Antaranya, kerajaan negeri memperuntukkan RM27.88 juta di bawah maksud mengurus kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak iaitu peningkatan RM2.6 juta berbanding 2024. 

    "RM8 juta diperuntukkan di bawah maksud pembangunan dengan agihan RM6 juta bagi membiayai Program Pembangunan Komoditi Pertanian, RM1.3 juta bagi tujuan bangunan dan infrastruktur serta RM0.7 juta bagi tujuan latihan dan promosi," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah