27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjaga rumah amal GISBH dituduh esok

    Shopee Sale

    Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa esok atas tuduhan mendera kanak-kanak yang berada di bawah jagaan satu daripada rumah berkenaan.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki berusia 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 8.45 pagi.

    "Kertas siasatan ke atas penjaga rumah amal itu dihantar ke pejabat Peguam Negara hari ini dan menerima arahan untuk pertuduhan," katanya ketika dihubungi.

    Polis melancarkan Op Global awal bulan lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

    MENARIK:  Pemuda MCA gesa kerajaan perjelas dasar subsidi LPG untuk peniaga kecil

    Hasil serbuan, seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan selain membawa kepada penahanan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah