31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Penilaian positif 55% cerminkan keyakinan rakyat terhadap PM’

    Shopee Sale

    Adun Sentosa, Gunarajah George berkata penilaian positif 55 peratus pengundi terhadap Anwar Ibrahim mencerminkan keyakinan rakyat terhadap perdana menteri itu.

    Menurutnya, tinjauan yang dijalankan Merdeka Center itu menunjukkan keyakinan rakyat yang semakin kukuh terhadap kestabilan politik, integriti prinsip dan visi baru negara.

    "Selepas lebih dua dekad mendesak pembaharuan, rakyat kini menyaksikan komitmen Kerajaan Madani dalam memperkukuh institusi demokrasi, meningkatkan ketelusan tadbir urus dan memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Tinjauan itu dijalankan antara 12 dan 23 Mei lalu bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa ketika Kerajaan MadaniI memasuki pertengahan penggal pentadbirannya.

    Menurut organisasi bebas penyelidikan bebas itu, hasil kajian terhadap 1,208 pengundi berdaftar menunjukkan persepsi rakyat terhadap kestabilan negara semakin baik dengan penurunan ketidakstabilan politik dan kepimpinan Anwar yang disokong majoriti dua pertiga di Parlimen.

    MENARIK:  Zamri Vinoth dakwa diserang, pekerja kilang direman

    Tinjauan tersebut dijalankan sebelum kerajaan mengumumkan rancangan untuk meluaskan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan sebelum tercetusnya kritikan terhadap perdana menteri berhubung kenyataannya mengenai cukai melibatkan buah-buahan import.

    Gunarajah dalam kenyataannya turut mengakui bahawa kos sara hidup merupakan cabaran utama.

    Bagaimanapun katanya, rakyat menghargai langkah pro-rakyat seperti peningkatan kadar gaji minimum, bantuan tunai perayaan kepada penjawat awam dan subsidi bersasar bahan api.

    Dia juga menyatakan prestasi ekonomi juga mengukuh dengan kadar inflasi terendah dalam tempoh tiga tahun.

    "Kami menyeru semua pihak untuk terus memberi masa, ruang dan sokongan padu kepada perdana menteri serta barisan kepimpinan Kerajaan Madani bagi merealisasikan transformasi negara secara menyeluruh. Pembinaan Malaysia yang lebih adil, makmur dan bersatu menuntut iltizam bersama, kesabaran dan keberanian—nilai yang telah dibuktikan sejak awal pentadbiran," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah