29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peniaga lelong ayam 90sen seekor balas jasa pelanggan

    Shopee Sale

    Seorang peniaga ayam di Merbau Patah dekat Kuala Terengganu mengambil inisiatif menjual 2,500 ekor ayam pada harga 90 sen seekor bagi membantu meringankan beban kewangan orang ramai.

    Mohd Suhaimi Hassan, 58, berkata kenaikan kos sara hidup menyebabkan dia terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat.

    Dia yang sudah 13 tahun menceburi bidang perniagaan berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila orang ramai beratur seawal jam 7 pagi untuk membeli ayam pada harga yang sangat murah.

    “Ini antara inisiatif kami dalam membantu orang ramai, terutama golongan berpendapatan rendah yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

    “Walaupun tidak dapat menjana keuntungan, saya sangat puas hati kerana dapat menolong dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

    MENARIK:  Mahkamah kekal hukuman penjara 58 tahun, denda RM1.05 juta ke atas bekas majistret

    "Ini adalah cara kami membalas jasa pelanggan yang menyokong perniagaan selama ini,” katanya ketika ditemui di premis jualannya hari ini.

    Mohd Suhaimi yang memiliki 13 cawangan di seluruh Terengganu berkata semua 2,500 ekor ayam berjaya dijual dalam masa hanya setengah jam.

    Melihat sambutan orang ramai, katanya, dia bercadang untuk mencari dan melaksanakan inisiatif lain bagi membantu lebih banyak pelanggan pada masa akan datang.

    “Pada program julung kali ini, kami tidak meletakkan sebarang had pembelian untuk membolehkan pelanggan yang mempunyai anggota keluarga ramai mendapatkan bekalan.

    “Kami sudah menguar-uarkan program jualan murah hari ini di pelbagai platform media sosial beberapa hari lepas. Jadi sambutan yang diterima memang di luar jangkaan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah