29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pengundian pemilihan AMK Kedah batal sebab masalah teknikal’

    Shopee Sale

    Pengundian bagi pengundian Pemuda PKR (AMK) cabang seluruh Kedah yang dibatalkan semalam adalah disebabkan masalah teknikal pada aplikasi pengundian.

    Setiausaha PKR Kedah Dr Mohamad Sofee Razak berkata masalah berkenaan menyebabkan sistem tidak dapat mengenal pasti tarikh lahir anggota berumur 35 tahun dan ke bawah.

    “Mereka boleh mengundi bagi peringkat cabang tetapi tidak boleh mengundi untuk pengundian AMK. Bagi pengundian peringkat cabang dan wanita pula ia berjalan lancar.

    “Secara keseluruhannya proses pengundian pada hari ini (semalam) sama ada undian secara fizikal atau dalam talian berjalan lancar kecuali AMK dan tiada isu lain yang timbul,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

    MENARIK:  Polis terima 13 laporan isu hantaran didakwa hina Nabi Muhammad

    Terdahulu, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pengundian bagi pengundian AMK cabang PKR seluruh Kedah semalam dibatalkan.

    Pengundian akan dijalankan semula hari ini bermula lapa pagi sehingga lima petang.

    Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah berkata 19,356 anggota PKR layak mengundi melibatkan semua 15 cabang di Kedah.

    Dia berkata sebanyak 19,003 anggota atau 98.2 peratus mengundi secara dalam talian manakala 353 orang atau kira-kira 1.8 peratus menunaikan tanggungjawab mengundi secara fizikal.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah