25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengumuman penyelarasan subsidi bahan api resahkan rakyat – Hamzah

    Shopee Sale

    Pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung penyelarasan subsidi bahan api meresahkan rakyat, menurut Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

    Hamzah berkata, Perutusan Negara yang disampaikan Anwar gagal menjelaskan persoalan "gajah dalam bilik", antaranya tarikh pelaksanaannya serta mekanisme kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

    "Rakyat mahu tahu bila sebenarnya harga minyak akan naik, macam mana mereka mahu mohon bantuan. Ia tidak diperincikan.

    "Setelah berbulan-bulan, kerajaan ini masih mengamalkan prinsip 'umum dulu, kemudian fikir'," dakwanya dalam kenyataan semalam.

    Pada Selasa lalu, Anwar berkata kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar bahan api untuk Semenanjung Malaysia, dengan jangkaan penjimatan sebanyak RM4 bilion.

    Dia berkata langkah itu hanya akan memberi kesan kepada golongan kaya serta warga asing yang selama ini turut menikmati subsidi tersebut.

    Pada masa sama, dia berkata subsidi diesel akan diteruskan untuk 10 jenis pengangkutan awam dan 23 pengangkutan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi, bagi mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak.

    MENARIK:  Ketua jabatan, penjawat awam N9 wajib kibar bendera di kediaman

    Butiran lanjut mengenai langkah tersebut akan diperincikan oleh kementerian berkaitan tidak lama lagi, kata Anwar.

    Mengulas lanjut, Hamzah turut mengingatkan penyelarasan subsidi itu akan memberi kesan menyeluruh kepada rakyat kerana ia melibatkan keseluruhan rantaian ekonomi.

    Selain itu, dia turut mendakwa Anwar mengelirukan rakyat dengan "angka-angka muluk" yang tidak menggambarkan keadaan ekonomi semasa yang sebenar.

    Antara contoh yang diberikannya adalah sementara Anwar mengumumkan kadar pertumbuhan 4.2 peratus bagi suku pertama tahun ini, ia lebih rendah berbanding pertumbuhan untuk tempoh sama tahun lalu, iaitu 5.6 peratus.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah