25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah SRC profesional, bukan boneka diupah Najib – Ismee

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC) adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' yang boleh dibuli sesuka hati oleh Najib Razak.

    Bekas Pengarah SRC, Ismee Ismail, juga bersetuju dengan cadangan peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, bahawa bekas ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan, Nik Faisal Ariff Kamil, adalah seorang akauntan bertauliah dengan latar belakang keluarga yang baik.

    Ismee memberi keterangan sebagai responden pihak ketiga pada prosiding saman AS$1.18 bilion yang difailkan oleh SRC ke atas Najib, serta Nik Faisal yang masih bebas.

    Menurut Ismee, 59, dia juga bersetuju dengan cadangan Shafee bahawa Najib tidak mengenali mana-mana ahli lembaga pengarah secara peribadi dan tidak mengupah 'boneka' untuk berada di situ meskipun bekas perdana menteri terbabit berkuasa mutlak melantik berdasarkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel SRC.

    Shafee: Jika Najib mahu lembaga pengarah menjadi boneka dan beliau tuan mereka, beliau tidak mungkin memilih ahli seperti itu yang bijak serta mempunyai kelayakan begitu tinggi. Adakah ini satu kenyataan yang adil?

    MENARIK:  Pemuda PAS: Kenapa kena daftar Budi lepas daftar Padu?

    Ismee: Ya, ia adalah satu kenyataan yang adil.

    Shafee: Sudah tentu beliau akan memilih seseorang yang boleh dijadikan 'pak turut,' bukannya mereka yang memiliki kelayakan begitu tinggi.

    Ismee: Ya.

    Perbicaraan di hadapan hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung pada 17 Sept ini dengan Najib dijangka memberi keterangan.

    Di bawah pengurusan baru, SRC memfailkan saman itu pada Mei 2021 dengan mendakwa Najib melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa serta memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC, selain menyeleweng dana itu.

    SRC sebelum ini menggugurkan lima pengarahnya daripada saman itu termasuk Ismee, namun mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.

    Bagaimanapun, mahkamah tinggi memberi kebenaran kepada Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka.

    Syarikat itu memohon deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian yang dialami syarikat terbabit akibat pelanggaran tugas dan amanahnya, serta menuntut dia membayar pampasan sebanyak RM42 juta bagi kerugian itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah