28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penerima Sara diminta buat laporan polis jika MyKad disalah guna

    Shopee Sale

    Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mendapati MyKad mereka disalah guna diminta segera membuat laporan polis bagi membolehkan baki bantuan dikembalikan.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata baki sumbangan akan dipulangkan kepada penerima yang terlibat selepas siasatan mengesahkan penyalahgunaan tersebut.

    Beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian serta memastikan hak penerima dikembalikan selepas laporan polis dibuat.

    “SARA ialah hak rakyat, dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana penerima yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Berdosa samakan manusia dengan anjing - Pensyarah

    Saifuddin Nasution berkata JPN dan MOF kini bekerjasama menyelesaikan isu teknikal berkaitan pengesahan dan keselamatan MyKad bagi memastikan penyaluran subsidi bersasar seterusnya dapat dijalankan tanpa masalah.

    Antara langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan termasuk pemadanan data MyKad secara berkala, semakan versi kad bagi mengelak penebusan palsu serta peningkatan keselamatan infrastruktur digital JPN.

    “Kerajaan MADANI komited memastikan pelaksanaan subsidi bersasar berjalan secara telus, selamat dan adil. KDN bersama MOF terus menambah baik sistem pengesahan identiti dan keselamatan data agar setiap sen bantuan disalurkan kepada rakyat yang layak — tanpa gangguan, penyelewengan atau kehilangan hak,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah