29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penduduk Kg Majidee mahu status tanah jadi hak milik kekal Melayu

    Shopee Sale

    Persatuan Kebajikan Pemilik-pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (Perkam) dijadual menyerahkan surat permohonan untuk menukar status tanah kediaman mereka daripada Tanah Rizab Melayu (TRM) berstatus pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal, esok.

    Pengerusinya, Abdul Rahim Md Shariff berkata surat permohonan tersebut akan diserahkan ke tangan kepada Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sendiri tanpa melalui mana-mana pihak lagi.

    “Selepas majlis dan laporan berita (mengenai nasib yang membelenggu kami) keluar (pada Ahad) malamnya saya dapat panggilan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

    “Beliau maklumkan bahawa dia diarah oleh menteri besar untuk dapatkan makluman berkaitan permohonan kami kepada menteri besar dan kita akan siapkan segala surat itu dan kita akan hantar kepada menteri besar sendiri yang kebetulan esok menteri besar ada program semarak subuh bersama menteri besar Johor di Masjid Jamek Nurul Ta’zim KDSM.

    “Jadi, kita cadang pagi itu kita nak serahkan dokumen itu kepada menteri besar, lebih mudah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Menurut Abdul Rahim, sebelum ini, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menyerahkan permohonan rasmi kepada Onn Hafiz, pada 8 September tahun lalu, tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

    MENARIK:  Tun Faisal: Bersatu saman SPRM untuk hentikan 'kezaliman'

    Malah surat permohonan temu janji yang dihantar pada 27 Januari lalu juga tidak berjawab, katanya.

    Terdahulu, media melaporkan lebih 40,000 penduduk Kampung Melayu Majidee di Johor Bharu hidup dalam dilema apabila kerajaan negeri masih berteka-teki dengan status tanah kediaman mereka.

    Kebanyakan penduduk yang telah menetap di kampung berkenaan sejak era 1950-an bimbang tanah pusaka yang diwarisi turun-temurun akan hilang susulan tempoh pajakan yang difahamkan akan tamat pada tahun 2053, iaitu 28 tahun lagi.

    Kampung Melayu Majidee dengan keluasan kira-kira 730 hektar merupakan penempatan Melayu kedua terbesar selepas Kampung Baru, Kuala Lumpur, dan terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah