30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami

    Shopee Sale

    Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

    Pengakuan Sharifah Nurul Ainnasama Syed Omar, 40, yang hadir ke mahkamah dengan menggunakan tongkat kerana patah kaki kanan, direkodkan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

    Wanita itu didakwa mencederakan Muhammad Danial Zafri Zairi, 31, dengan menggunakan penyapu, alat pemberat dan pisau di Taman Iringan Bayu di Seremban, pada 5 pagi 26 Feb.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, memperuntukkan hukuman dua kali ganda daripada tempoh maksimum itu.

    MENARIK:  Sehingga 1,711 produk M’sia ke AS dapat tarif lebih rendah dari 19 peratus

    Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bersama syarat wanita itu tidak menganggu saksi, melapor diri di balai polis dan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.

    Norazihah turut memaklumkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut akibat kejadian itu, selain turut luka dan lebam di belakang badan.

    Sementara itu, Sharifah Nurul Ainnasama dalam rayuannya memohon jaminan minimum kerana menanggung dua anak, selain memberitahu mahkamah bahawa dirinya dipukul dahulu dalam pergaduhan tersebut.

    Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat dimohon pihak pendakwaan serta menetapkan 14 April sebagai sebutan semula kes.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah