28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda PH gesa PN 'hentikan drama' MOU demi rakyat

    Shopee Sale

    Pemuda PH membidas pembangkang kerana menolak memorandum persefahaman (MOU) berkenaan peruntukan untuk ahli Parlimennya, dan menggesa gabungan itu agar “hentikan drama”.

    Ketua penerangannya, Ammar Tan mendakwa PN lebih mengutamakan politik berbanding kepentingan rakyat.

    “Langkah yang sepatutnya membawa kestabilan politik negara kini bertukar menjadi drama politik tanpa kesudahan.

    “Rakyat, yang sudah lama menunggu penyelesaian, kini dihidangkan dengan retorik dan permainan politik PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ammar yang juga naib ketua Pemuda Amanah berkata Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof telah menjelaskan MOU itu bertujuan mewujudkan kestabilan politik, namun PN menolaknya tanpa mengemukakan cadangan balas.

    “Ini menunjukkan PN lebih fokus pada perpecahan politik daripada penyelesaian demi kepentingan rakyat.

    “Kestabilan politik yang dijanjikan oleh MOU penting untuk pemulihan ekonomi. Namun, tindakan PN yang berterusan bermain politik jelas menunjukkan pengabaian kepentingan rakyat demi matlamat politik mereka.

    “Hentikan drama, rakyat perlukan penyelesaian segera,” katanya lagi.

    Pada Ahad lalu, ketua pembangkang Hamzah Zainudin menyatakan empat sebab PN menolak MOU tersebut.

    MENARIK:  Serangan di Gaza, lebih 100 rakyat Palestin maut dibom

    Menurut Hamzah, pihaknya bimbang ia akan menjejaskan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Dia juga menyifatkan kandungan MOU itu sebagai bertentangan dengan “nilai budaya, moral dan agama”; boleh disalah tafsir dan berisiko menyebabkan salah guna kuasa serta ia menyekat kebebasan ahli Parlimen.

    Susulan itu, Fadillah mendedahkan kandungan MOU itu dan menyifatkan kebimbangan Hamzah sebagai tidak berasas.

    Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan pula menggesa kerajaan merangka MOU yang baru dengan melibatkan PN dalam perbincangan.

    Semalam, Fadillah berkata tiada keperluan untuk merangka MOU baru dan draf sedia ada boleh menjadi asas kepada perbincangan seterusnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah