Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Fairuz Renddan mengkritik bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya kerana mempertahankan seorang ahli perniagaan yang terpalit dakwaan mengeksploitasi pekerja asing.
Bagaimanapun, ahli perniagaan tersebut—pemberi maklumat dalam skandal rasuah Sabah—membalas balik bahawa bahawa Fairuz juga pernah menerima wang daripadanya.
Dia yang dirujuk sebagai Albert" oleh Latheefa, memberikan tangkap layar skrin yang didakwa menunjukkan pemindahan "derma" RM5,000 ke akaun Public Bank milik Fairuz.
Apabila dihubungi, Fairuz berkata dia tidak kenal dan tidak ingat sama ada pernah bertemu dengan Albert.
“Mungkin dulu-dulu kalau ada pun orang tegur jumpa kita, dalam politik itu biasa.
“Sumbangan juga kadang ada dari kawan-kawan, tetapi saya tidak ingat semua.
“Bag saya, dia serang-serang tanpa henti, jadi bila dia serang presiden saya tanpa henti saya kena jawablah,” katanya.
Sementara itu, Latheefa enggan melayan tuduhan yang dilontarkan Fairuz terhadapnya.
"Saya tidak mahu membalas sebarang cubaan untuk mengalih perhatian daripada isu ini,” kata dalam pesanan teks kepada Malaysiakini.
Katanya, isu sebenar tentang bagaimana bukti tidak diendahkan walaupun ada bukti prima facie berlakunya rasuah.
[Berita penuh menyusul]





