29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda Amanah ajak rakyat bangkit sanggah Hadi

    Shopee Sale

    Pemuda Amanah Nasional menyeru umat Islam di negara ini bangkit menolak dan membantah kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dianggap mereka sebagai tidak bertanggungjawab.

    Pengarah syariah dan dakwah sayap Amanah itu, Hafiz Roslan, berkata ketika negara dilanda darurat kesan pandemik Covid-19 dulu, umat Islam di seluruh negara bangkit meluahkan kemarahan apabila kerajaan mengawal cara solat dilaksanakan di masjid dan surau.

    Katanya ketika itu kerajaan PN mengehadkan jumlah orang yang boleh hadir ke masjid dan surau untuk sebarang aktiviti.

    Tetapi pada hari ini, tegasnya, Abdul Hadi secara terbuka mengatakan ibadah haji boleh ditangguhkan semata-mata kerana memberi keutamaan kepada pilihan raya sedangkan negara tidak pun berdepan dengan sebarang darurat, wabak, atau halangan syarak.

    “Seharusnya kita semua bersama-sama bangkit dan menolak 'fatwa' seleweng Abdul Hadi.

    “Kita mesti konsisten dan adil serta berani menegur sesiapa sahaja yang mempermainkan agama, yang menggunakan agama demi kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

    Hafiz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah pada majlis kempen calon PN untuk PRK DUN Ayer Kuning di Tanjung Keramat, Perak baru-baru ini.

    Hafiz Roslan

    Semasa berceramah, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa umat Islam ini lebih cenderung menunaikan haji dan umrah berbanding berusaha untuk menguasai pentadbiran negara.

    Hafiz berkata, kenyataan Abdul Hadi itu sebenarnya satu penghinaan kepada salah satu ibadah suci umat Islam.

    MENARIK:  Wee: 'Orang luar' mahu MCA disingkir dari BN, kami tunggu keputusan Umno

    “Ia memperlekehkan tuntutan agama dan menunjukkan betapa politik kepartian telah mengaburkan pertimbangan beliau.

    “Lebih membimbangkan, ada penyokong yang akan menelan bulat-bulat hujah Abdul Hadi kerana taasub dan tidak diberi kefahaman agama yang betul.

    “Justeru Pemuda Amanah menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang politik, untuk menyatakan pendirian dengan jelas,” katanya.

    Bukan demi rakyat

    Dalam perkembangan sama Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata tindakan Abdul Hadi mengeluarkan 'fatwa' di atas pentas ceramah itu adalah tidak bertanggungjawab.

    “Saya melihat kenyataan Abdul Hadi berpotensi memesongkan kefahaman umat Islam terhadap rukun Islam yang kelima itu.

    “Sebagai Muslim, kita sedar bahawa Islam adalah agama yang benar. Mempertahankan Islam pula adalah perjuangan yang suci.

    “PKR DUN Ayer Kuning pula merupakan medan demokrasi untuk memilih wakil rakyat yang kedua-dua calonnya beragama Islam.

    “Mereka bertanding dengan mewakili parti masing-masing dan PRK tersebut bukanlah medan untuk menilai keislaman atau kekufuran seseorang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Sheikh Umar Bagharib Ali

    Sheikh Umar berkata keadaan yang dicipta Abdul Hadi serta pemimpin PAS itu amat bahaya kerana boleh mendorong kepada kelakuan ekstrem dalam kalangan masyarakat.

    “Hal ini tidak pelik kerana, hatta perkara berkaitan rukun Islam sekalipun PAS dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwanya sendiri demi kepentingan politik.

    “Ini menunjukkan bahawa kenyataan pemimpin PAS sangat bergantung pada perkiraan untung rugi politik partinya sendiri, bukannya demi maslahah (penambahbaikan) kepada rakyat,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah