Menteri Digital, Gobind Singh Deo meraih undian tertinggi dalam pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dengan 2,785 undi.
Setiausaha Agung DAP sedia ada, Anthony Loke, berada di tempat kelima dengan 2,508 undi.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, hanya berada di tangga ke-26 dengan 1,719 undi, memastikan kedudukannya dalam CEC kali ini.
Namun, adiknya yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, gagal mendapat tempat dalam barisan kepimpinan baru selepas hanya memperoleh 1,573 undi, berada di kedudukan ke-31.
Tempat ke-30 yang merupakan kedudukan terakhir dalam CEC kali ini diisi oleh Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham, dengan 1,584 undi.
Beberapa pemimpin kanan DAP lain turut gagal dipilih semula, termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, serta penyandang jawatan dalam CEC sebelum ini, Vincent Wu dan Thomas Su.
[Berita penuh menyusul]





