26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembinaan rumah ibadat wajib ikut undang-undang – Sultan Pahang

    Shopee Sale

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan pembinaan rumah ibadat di negeri itu wajib mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk. 

    Al-Sultan Abdullah bertitah pembinaan rumah ibadat tanpa melalui saluran sah bukan sahaja melanggar peraturan malah berpotensi mencetuskan salah faham serta ketegangan antara kaum dan agama.

    “Undang-undang bukan menyekat atau menindas tetapi untuk menyelaraskan serta menjamin keadilan dan keharmonian bersama-sama,” titah baginda yang dimuat naik di Portal Rasmi Kesultanan Pahang hari ini. 

    Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Masjid Tengku Amir Ibrahim Sultan Abdullah di Taman Bukit Bendera di Temerloh, semalam.

    MENARIK:  Naikkan semula hantaran FB, Rayer minta polis segera tahan Zamri

    Selain itu, baginda bertitah tindakan mana-mana pihak yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang boleh menyebabkan kekeliruan serta perbalahan dalam masyarakat.

    “Ibarat membina rumah tanpa pelan, akhirnya akan roboh menyembah bumi,” titah baginda. 

    Al-Sultan Abdullah menegaskan negeri itu memerlukan ketertiban dan kepatuhan kepada peraturan, bukannya tindakan terburu-buru yang boleh mengundang sengketa.

    Baginda menyeru pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan melalui jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam, Jabatan Agama Islam serta pemimpin komuniti untuk berganding bahu memperjelaskan prosedur dan memberi bimbingan sewajarnya kepada masyarakat.

    “Dalam masa sama, rakyat turut diingatkan bersikap matang dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan demi memelihara perpaduan negeri,” titah baginda lagi. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah