27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembinaan rumah ibadat perlu permohonan kebenaran merancang – Nga

    Shopee Sale

    Semua pihak yang ingin melaksanakan pembinaan rumah ibadat perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

    Beliau berkata pihaknya mengamalkan polisi terbuka dalam perkara membabitkan pembinaan rumah ibadat di seluruh negara dan bersedia berjumpa dengan jawatankuasa rumah ibadat berkenaan.

    “Saya harap permohonan untuk pembangunan rumah ibadat termasuk mana-mana gereja, masjid, kuil atau surau, tolong mohon KM... kita akan luluskan ikut peraturan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jentera Bomba dan Ops Siaga Raya 2026 di Putrajaya, hari ini.

    Nga berkata di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihaknya mempunyai unit Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang menyediakan peruntukan bagi kerja penyelenggaraan.

    MENARIK:  PM: Kenaikan tarif elektrik hanya untuk industri, 85% rakyat tak terkesan

    “Setiap tahun kami sediakan RM50 juta untuk membantu rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara.

    “Bagi masjid, ia di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan peruntukan RM2.6 bilion disediakan,” katanya.

    Semalam, Nga berkata KPKT melalui PBT bersedia bekerjasama dengan semua pihak berkaitan dalam melaksanakan program pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak membenarkan mana-mana rumah ibadat dibina secara tidak sah tanpa mengikut peraturan.

    Menurut Anwar Malaysia merupakan negara berperlembagaan dan sebarang pembinaan rumah ibadat tertakluk kepada undang-undang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah