26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu rentung lori balak terbakar

    Shopee Sale

    Seorang pemandu lori balak rentung apabila kenderaan dipandunya itu terbakar akibat kemalangan di jalan balak di kawasan Samarakan, Bintulu hari ini.

    Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1 tengah hari.

    Mangsa dikenal pasti sebagai Kanang Inggai berusia 57 tahun.

    MENARIK:  MP PAS: Pengundi India 'istimewa' dalam PRK Kuala Kubu Bharu

    “Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang tiba di lokasi kemalangan mendapati mangsa terperanangkap di dalam kenderaan.

    “Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada 2.49 petang,” menurut kenyataan itu.

    Menurut PGO bahagian kepala lori itu terbakar 100 peratus, namun api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pekerja sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah